Al-Quran, Ibn Kathir, Ilmu, Kisah Tauladan, Pesanan No comments Kota Babylon Harut dan Marut – Kisah Ilmu Sihir ﴿﷽﴾ In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most MercifulMuqaddimah ﴿ اِقْرَاۡ بِاسْمِ رَبِّکَ الَّذِیۡ خَلَقَ﴾ “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan"[al-Alaq : 1]………………………………………………………………………………………
Alhamdulillah, sekali lagi saya ucapkan syukur kepada Allah azza wa jall kerana mengizinkan saya sekali lagi untuk berkongsi kisah-kisah menarik. Yang boleh dijadikan tauladan, mahupun ilmu, atau untuk berdakwah kepada remaja-remaja dan sebagainya. Yang penting niat anda mestilah bersih, kerana Allah ta’ala. Kali ini ingin dikisahkan pula oleh Ibn Kathir mengenai “Harut dan Marut”, kisah mengenai zaman Nabi Sulaiman alaihissalam dahulu. Anda mungkin pernah terdengar sekarang ini, bahawa Israel sedang menggali Baitul Maqdis untuk mencari buku sihir Nabi Sulaiman yang “dikatakan” tertanam di bawahnya. Setelah anda baca kisah ini, saya yakin, anda akan temui bahawa apa yang dicari oleh Israel itu cumalah sia-sia, mereka cuma mencari kitab "syaitan" sahaja. Insha-Allah, mari sama-sama kita baca kisahnya wahai para pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Ingin saya ingatkan bahawa pembacaan ini agak panjang, harap para pembaca dirahmati Allah bersabar. Kerana kebenaran akan ditemui akhirnya. Jangan anda langkah-langkah ayat, kerana saya takut anda tidak faham apa yang mahu disampaikan. Di sini terdapat juga dalil mengatakan ahli sihir itu harus dibunuh atau dipenggal kepalanya hingga mati, Allah sahaja tahu yang terbaik! ………………………………………………………………………………… Harut dan Marut – Kisah IlmuSihir ﴿وَاتَّبَعُوۡا مَا تَتْلُوا الشَّیٰطِیۡنُ عَلٰی مُلْکِ سُلَیۡمٰنَ ۚ وَمَا کَفَرَ سُلَیۡمٰنُ وَلٰکِنَّ الشَّیٰطِیۡنَ کَفَرُوۡا یُعَلِّمُوۡنَ النَّاسَ السِّحْرَ ٭ وَمَاۤ اُنۡزِلَ عَلَی الْمَلَکَیۡنِ بِبَابِلَ ہٰرُوۡتَ وَمٰرُوۡتَ ؕ وَمَا یُعَلِّمَانِ مِنْ اَحَدٍ حَتّٰی یَقُوۡلَاۤ اِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَۃٌ فَلَا تَکْفُرْ ؕ فَیَتَعَلَّمُوۡنَ مِنْہُمَا مَا یُفَرِّقُوۡنَ بِہٖ بَیۡنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِہٖ ؕ وَمَا ہُمۡ بِضَآرِّیۡنَ بِہٖ مِنْ اَحَدٍ اِلَّا بِاِذْنِ اللہِ ؕ وَیَتَعَلَّمُوۡنَ مَا یَضُرُّہُمْ وَلَا یَنۡفَعُہُمْ ؕ وَلَقَدْ عَلِمُوۡا لَمَنِ اشْتَرٰىہُ مَا لَہٗ فِی الۡاٰخِرَۃِ مِنْ خَلٰقٍ ؕ۟ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِہٖۤ اَنۡفُسَہُمْ ؕ لَوْ کَانُوۡا یَعْلَمُوۡنَ﴿۱۰۲﴾﴾ 102. Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman(dan mereka mengatakan bahawa sesungguhnya Sulaiman itu mengamalkan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir(tidak mengamalkan sihir), hanya syaitan-syaitan itu yang kafir(mengamalkan sihir). Mereka mengajar sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil(Babylon) iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan : “Sesungguhnya kami hanya cubaan(bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir(dengan mempelajari sihir ini dari kami).” Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dapat memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu(ahli sihir) tidak akan dapat memudaratkan kepada seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi) telah pun mengetahui bahawa barangsiapa yang memilih ilmu sihir itu, tiada baginya keuntungan di akhirat dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir jika mereka mengetahui. ﴿وَلَوْ اَنَّہُمْ اٰمَنُوۡا وَاتَّقَوْا لَمَثُوۡبَۃٌ مِّنْ عِنۡدِ اللہِ خَیۡرٌ ؕ لَوْ کَانُوۡا یَعْلَمُوۡنَ﴾ 103. Sesungguhnya jika mereka beriman dan bertakwa, (nescaya mereka akan mendapat pahala) dan sesungguhnya pahala di sisi Allah adalah lebih baik jika mereka mengetahui.[Al-Quran Surah Baqarah : 102 - 103] ……………………………………………………………………………………… Diceritakan oleh al-‘Ufi dalam terjemahannya dengan keizinan dari Ibn ‘Abbas berhubung dengan Firman Allah azza wa jall : ﴿وَاتَّبَعُوۡا مَا تَتْلُوا الشَّیٰطِیۡنُ عَلٰی مُلْکِ سُلَیۡمٰنَ ۚ وَمَا کَفَرَ سُلَیۡمٰنُ وَلٰکِنَّ الشَّیٰطِیۡنَ کَفَرُوۡا یُعَلِّمُوۡنَ النَّاسَ السِّحْرَ ٭ وَمَاۤ اُنۡزِلَ عَلَی الْمَلَکَیۡنِ بِبَابِلَ ہٰرُوۡتَ وَمٰرُوۡتَ ؕ وَمَا یُعَلِّمَانِ مِنْ اَحَدٍ حَتّٰی یَقُوۡلَاۤ اِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَۃٌ فَلَا تَکْفُرْ ؕ...﴾{Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman(dan mereka mengatakan bahawa sesungguhnya Sulaiman itu mengamalkan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir(tidak mengamalkan sihir), hanya syaitan-syaitan itu yang kafir(mengamalkan sihir). Mereka mengajar sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil(Babylon) iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan : “Sesungguhnya kami hanya cubaan(bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir(dengan mempelajari sihir ini dari kami).”} Apabila Sulaiman kehilangan kerajaannya, sejumlah besar daripada manusia dan Jinn mengkhianat dan mengikut hawa nafsu mereka. Tetapi apabila Allah swt pulihkan semula kerajaanya, dan pengkhianat-pengkhianat tersebut kembali semula pada Jalan Yang Benar sekali lagi, Sulaiman menawan Kitab Suci mereka di mana dia menyimpan di bawah takhtanya. Tidak lama kemudian, Sulaiman alaihissalam meninggal. Dengan segera, manusia dan Jinn selongkar Kitab Suci di bawah takhta Sulaiman itu dan berkata : Ini adalah buku yang didedahkan Allah kepada Sulaiman yang telah merahsiakan dari kita. Mereka mengambilnya sebagai agama mereka dan Allah berfirman : وَلَمَّا جَآءَہُمْ رَسُوۡلٌ مِّنْ عِنۡدِ اللہِ مُصَدِّقٌ لِّمَا مَعَہُمْ نَبَذَ فَرِیۡقٌ مِّنَ الَّذِیۡنَ اُوۡتُوا الْکِتٰبَ ٭ۙ کِتٰبَ اللہِ وَرَآءَ ظُہُوۡرِہِمْ کَاَنَّہُمْ لَایَعْلَمُوۡنَ﴿۱۰۱﴾۫ {“Dan setelah datang kepada mereka seorang rasul di sisi Allah yang membenarkan apa (kitab) yang ada pada mereka, sebahagian daripada orang yang diberi kitab (Taurat) melemparkan Kitab Allah ke belakang (punggung) nya seolah-olah mereka tidak mengetahui (bahawa itu adalah kitab Allah).”}[Al-Baqarah : 101] …dan mereka mengikut apa yang syaitan berikan yakni : alatan musik, dimainkan dan semua yang menghalang daripada mengingati Allah. Dikisahkan dari Ibn Jarir :Saya diberitahu daripada Abu As-Sa’ib Salamah Ibn Junadah As-Sawa’I daripada Abu Mu’awiyyah daripada Al-A’mash daripada Al-Minhal daripada Sa’id Ibn Jubair dengan kebenaran Ibn Abbas dengan berkata : Apabila Sulaiman mahu menyahut seruan alam atau berkasih dengan isteri-isterinya, biasanya dia akan memberikan cincinnya kepada seorang perempuan bernama Al-Jaradah. Apabila Allah Maha Kuasa mahu timpakan sesuatu ke atas Sulaiman, dia memberikan cincin itu kepada wanita tersebut. Seterusnya, syaitan datang kepada wanita itu dalam rupa Sulaiman dan mengambil cincin itu daripadanya. Apabila syaitan memakai cincin itu, semua manusia, Jinn dan syaitan patuh kepadanya. Kemudian, Sulaiman datang kepada Al-Jaradah untuk meminta cincinnya dan dia berkata : “Kamu penipu! Kamu bukan Sulaiman!” Jadi, tahulah Sulaiman bahawa ini adalah sebuah dugaan daripada Allah. Dengan ini, syaitan mampu buat sesuka hati mereka. Mereka menulis Buku Sihir dan kata-kata kufur di mana mereka tanamnya di bawah takhta Sulaiman. Selepas kematian Sulaiman, mereka menggali semula mencari buku ini, dan berkata : “Sungguh! Sulaiman itu selalu meminta tolong dengan buku ini!” Seterusnya, masyarakat mula menuduh bahawa Sulaiman itu kafir hinggalah datangnya Muhamamd ﷺ membawa ayat Quran yang bermaksud : { Sulaiman tidak kafir(tidak mengamalkan sihir), hanya syaitan-syaitan itu yang kafir(mengamalkan sihir).} As-Sadiy berkata :Firman Allah swt : {Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman(dan mereka mengatakan bahawa sesungguhnya Sulaiman itu mengamalkan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir(tidak mengamalkan sihir), hanya syaitan-syaitan itu yang kafir(mengamalkan sihir).Yakni : Syaitan selalu mendengar perbualan antara malaikat-malaikat dengan teliti sekali mengenai apa yang terjadi di muka bumi ; mati, perkara ghaib ataupun perkara berkenaan tuhan. Kemudian, mereka datang untuk menginspirasi ahli nujum/tukang tilik mengenainya dan mereka pula memberitahu kepada orang ramai. Masyarakat mula mempercayai mereka, dan akhirnya tukang tilik mula mempercayai Syaitan yang setelah itu mula menokok tambah mengenai hal-hal yang dibincangkan malaikat dengan penipuan Syaitan ini. Orang ramai mula mencatit mengenai hal ini dan mereka percaya Jinn tahu perkara ghaib. Sulaiman segera merampas catitan-catitan ini semua dan meletakkan di dalam peti dan menanamnya di bawah takhtanya. Sesiapa sahaja yang mahu menghampirinya akan terbakar hidup-hidup. Sulaiman mengisytiharkan bahawa sesiapa yang menyatakan bahawa syaitan tahu perkara ghaib bakal dipancung. Setelah kematian Sulaiman, syaitan datang menyerupai manusia dan berkata kepada masyarakat : “Aku akan bawa kamu kepada harta yang tidak akan habis selamanya”. Dia mengarahkan mereka untuk menggali takhta Sulaiman dan dia ke tepi. Dia berkata : Andai kamu gali dan tidak temui apa-apa, kamu boleh bunuh aku. Mereka menggalinya dan menjumpai tulisan itu. Syaitan kemudian berkata : “Hanya dengan magik ini, Sulaiman mampu menakluk semua manusia, Jinn dan burung”. Kemudian, dia terbang. Kemudian menjadi fitnah pula bahawa Sulaiman itu adalah ahli sihir. Bani Israel menyimpan tulisan-tulisan tersebut mempertikaikan kepada Nabi Muhammad ﷺ mengenainya. Tetapi Allah Maha Berkuasa, Dia mendedahkan kepada Muhammad ﷺ FirmanNya : {Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman(dan mereka mengatakan bahawa sesungguhnya Sulaiman itu mengamalkan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir(tidak mengamalkan sihir), hanya syaitan-syaitan itu yang kafir(mengamalkan sihir).} Dikisahkan oleh Ar-Rabi’ Ibn Anas : Yahudi itu selalu bertanya kepada Nabi Muhammad ﷺ mengenai perihal Kitab Taurat, dan setiap kali mereka bertanya, Allah mendedahkannya kepada Muhammad ﷺ yang mengalahkan mereka. Maka, mereka berkata : “Muhammad tahu apa yang telah didedahkan lebih baik daripada kita!” Kemudian, mereka bertanya baginda ﷺ tentang sihir dan Allah mendedahkan kepada Muhammad ﷺ FirmanNya:{Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman(dan mereka mengatakan bahawa sesungguhnya Sulaiman itu mengamalkan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir(tidak mengamalkan sihir), hanya syaitan-syaitan itu yang kafir(mengamalkan sihir). Mereka mengajar sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil(Babylon) iaitu Harut dan Marut,}. Dan Dia memberitahu Baginda Muhammad ﷺ bahawa Syaitan yang telah menulis buku tentang sihir dan ilmu tilik dan menanamnya di bawah takhta Sulaiman . Apabila baginda meninggal dunia, syaitan-syaitan membawa keluar magik tersebut dan memperdayakan orang ramai dengan berkata : “Ini adalah Ilmunya Sulaiman yang dia telah rahsiakan daripada kalian.” Nabi Muhammad ﷺ memberitahu Yahudi tersebut mengenai kisah itu dan mereka tunduk malu kekalahan dan tersindir. Allah Maha Kuasa berfirman : {dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil(Babylon) iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan : “Sesungguhnya kami hanya cubaan(bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir(dengan mempelajari sihir ini dari kami).” Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dapat memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya} Yakni : Yahudi salah cakap bahawa Allah mengajar Sihir kepada Jibriel dan Mikail kepada Sulaiman Bin Daud, tetapi Allah tunjukkan kepada mereka kesalahan mereka itu. Tambahan Allah memberitahu Muhmmad ﷺ bahawa bukan Jibriel mahupun Mikail yang turun dengan Sihir dan Sulaiman itu bebas dari tuduhan Ahli Sihir. Allah memberitahu semua orang bahawa sihir itu bukan apa-apa melainkan kerja Syaitan yang mengajarnya kepada penduduk Babil(Babylon). Dan, orang yang mengajar sihir kepada mereka adalah Harut dan Marut. Hadis Hadis Berkenaan… Allah Maha Kuasa berfirman : {sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan : “Sesungguhnya kami hanya cubaan(bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir(dengan mempelajari sihir ini dari kami).”}, Ibn Abbas berkata : Mereka sering memberi peringatan kepada sesiapa sahaja yang mahu belajar sihir dari mereka dan berkata kepada mereka : {“Sesungguhnya kami hanya cubaan(bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir(dengan mempelajari sihir ini dari kami).”}, yang mereka tahu yang mana satu baik, yang buruk dan kafir dan yang bukan kafir dan mereka tahu Sihir itu Syirik. Ibn Abbas sambung : Sekiranya mereka tidak dapat pengaruhi mereka, mereka(Harut dan Marut) menyuruh ke tempat itu dan itu. Di sana mereka akan temui Syaitan mengajar mereka. Dalam masa sama mereka diajar sihir, kepercayaan mereka(disimbolis kan sebagai cahaya) keluar dari tubuh mereka dan melayang ke udara. Seterusnya, mereka berkata : Celaka aku! Seterusnya, Al-Hassan al-Basri berkata : kedua-dua malaikat yang dihantar dengan sihir untuk mengajarnya kepada orang sebagai ujian kepada mereka dan Allah mengambil perjanjian dengan mereka untuk tidak mengajar sesiapa sihir {sebelum mengatakan : “Sesungguhnya kami hanya cubaan(bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir(dengan mempelajari sihir ini dari kami).”}[Diceritakan oleh Ibn Abu Hatim] Allah Maha Kuasa berfirman :{ Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dapat memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya } yakni : mereka belajar daripada Harut dan Marut mengenai sihir yang boleh memisahkan antara suami dan isteri walaupun mereka suami isteri saling mengasihi dan mempercayai.Hal ini terjadi dengan kepintaran Syaitan sepertimana disebutkan dalam Sahih Imam Muslim, hadis diriwayatkan oleh Jabir Ibn ‘Abdullah bahawa Rasulullah ﷺ bersabda : “Iblis meletakkan takhtanya di atas air; kemudian dia menghantar kumpulan kecil (untuk mencipta perselisihan); semakin tinggi derajat mereka adalah mereka yang terkenal dengan membuat perselisihan. Salah seorang dari mereka datang dan berkata : Aku telah melakukan demikian dan demikian. Dan dia berkata : Kamu tidak buat apa-apa pun. Kemudian, salah satu dari mereka datang dan berkata : Aku tidak tinggalkan sedemikan dan demikian hinggalah aku menanam benih perselisihan dalam suami dan isteri. Syaitan itu dekat kepadanya dan berkata : Kamu telah lakukan yang terbaik.” Al-’Amash kemudian berkata : “Kemudian dia memeluk syaitan tersebut.” Perselisihan antara suami dan isteri boleh dihasilkan melalui sihir di mana syaitan membiarkan setiap suami isteri itu membayangkan perkara buruk – pandangan, sikap etc – mengenai pasangannya itu. Allah Maha Kuasa berfirman : {Dan mereka itu(ahli sihir) tidak akan dapat memudaratkan kepada seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah}, Abu Sufyan Ath-Tharwi berkata : Mereka tidak boleh menyakiti sesiapa kecuali dengan Izin Allah. Tambahan , Muhammad Ibn Ishaq berkata : Mereka tidak boleh menyakiti sesiapa pun kecuali Allah membenarkan mereka untuk lakukannya. Al-Hasan al-Basri berkata : {Dan mereka itu(ahli sihir) tidak akan dapat memudaratkan kepada seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah}, yakni : Sesiapa yang Allah kehendakit untuk diberi kesan, dia akan diberi kesan. Dan, sesiapa yang Allah tidak mahu diberikan kepadanya kesan, maka tidak akan diberi kesanlah kepadanya(yakni mengenai sihir itu). Tambahan, mereka tidak boleh sakiti sesiapa kecuali dengan keizinan Allah Maha Kuasa. Allah Maha Kuasa berfirman : {Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat dan tidak memberi manfaat kepada mereka} yakni : mereka mempelajari sesuatu yang memudharatkan agama mereka dan keyakinan mereka dan tidak lumayan pula bagi mereka. Allah berfirman : {Demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi) telah pun mengetahui bahawa barangsiapa yang memilih ilmu sihir itu, tiada baginya keuntungan di akhirat} yakni : Orang Yahudi itu mempelajari sihir daripada mengikuti Muhammad ﷺ tahu bahawa sesiapa yang melakukan seperti mana mereka telah lakukan, dia tidak akan dapat keuntungan di Akhirat. Allah Maha Kuasa berfirman lagi : { dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir jika mereka mengetahui.}yakni : adalah mereka mempelajari sihir daripada memilih untuk mengikuti ajaran Muhammad ﷺ, {Sesungguhnya jika mereka beriman dan bertakwa, (nescaya mereka akan mendapat pahala) dan sesungguhnya pahala di sisi Allah adalah lebih baik jika mereka mengetahui.} yakni : sekiranya mereka percaya kepada Allah dan RasulNya dan tidak mengingkari nikmatNya, nescaya mereka mendapat ganjaran yang jauh lebih baik daripada Allah Maha Hebat. Ini sesuai dengan Firman Allah azza wa jall : “Tetapi orang yang dianugerahkan Ilmu berkata : “Celakalah kamu! Ketahuilah, pahala Allah lebih baik bagi orang beriman dan mengerjakan kebajikan dan (pahala yang besar) itu hanya diperoleh oleh orang yang sabar.” [al-Qasas : 80] Pendapat Ulama :Sebahagian ulama’ menemui bukti bahawa ahli sihir itu adalah kafir dalam firman Allah : { Sesungguhnya jika mereka beriman dan bertakwa, }. Ulama’ lain membuktikan bahawa ahli sihir itu bukan kafir, Cuma kepala mereka mestilah “Dipenggal”. Amr Ibn Dianr meriwayatkan daripada Bajabla Ibn Abdah berkata : “Umar Ibn Khattab mengarahkan setiap ahli sihir mestilah dipenggal kepalanya hingga mati. Maka, mereka telah membunuh tiga wanita sihir. Tambahan, adalah benar bahawa Ibu Orang Beriman, Hafsah telah disihir oleh hamba wanitanya. Seterusnya, Hafsah mengarahkan supaya wanita itu dibunuh. Lebih lagi, Imam Hambal berkata : Daripada tiga orang sahabat Rasul itu bahawa ahli sihir mestilah dibunuh.” Sebaliknya, At-Tirmidhi meriwayatkan daripada Ismail Ibn Muslim daripada Al-Hassan daripada Jundub al-Adzi berkata : Rasul Allah ﷺ berkata : “Hukuman yang ditentukan untuk ahli sihir adalah pancungan daripada pedang.” Diriwayatkan oleh Al-Walid Ibn Uqbah ada ahli sihir yang selalu membuat pertunjukan magis untuknya. Dia boleh mencabut kepala seseorang, dan kemudian meletakkan semula di tempat asalnya. Orang ramai berkata : Maha Suci Allah! Ahli sihir itu menghidupkan yang mati. Bagaimanapun, seorang daripada orang musafir beriman itu nampak dia dan merancang sesuatu. Hari berikutnya, dia datang pada ahli magis tersebut dan memenggal kepalanya dan berkata : Andai kamu orang yang benar, hidupkan dirimu kembali! Dan, dia membacakan Firman Allah : {Apakah kamu menerima sihirnya itu, sedangkan kamu melihatnya}[Al-Anbiya : 3]. Al-Walid kemudiannya marah kerana musafir itu tidak meminta izinnya untuk membunuh ahli sihirnya, kemudian dia memenjarakan dia, dan bebaskan dia tidak lama itu. Allah tahu yang terbaik! Imam Abu Bakr berkata : Salah seorang daripada putera mempunyai seorang ahli magis yang selalu membuat pertunjukkan dengan magisnya dan suatu hari Jundub datang dan membunuhnya dan berkata: Aku yakin bahawa dia adalah ahli sihir. Allah sahaja yang tahu yang terbaik! Sekian terima kasih, Jazakallahu khoiron.Setinta ilmu dikongsi daripada ﺍﺧﻰ Putera Mujahid Islam, Jazakallah wahai para pembaca rahimahullah ^_^